nuffnang adds

Friday 13 November 2015

"Self-confident"

Assalamualaikum w.b.t

Cuti lagi weii. Lepas dah buat kerja -kerja rumah semuanya, aku tak tahu nak buat apa. Aku bukan jenis yang kaki berjalan. Untuk mengelakkan aku buang masa yang berharga, baik aku melepak dengan korang. Membebel sorang-sorang dan orang lain just baca apa yang kau tulis, itu merupakan perasaan yang paling woww la. Orang tumpu kat kau je kan. Walaupun nampak macam meroyan lah jugak sebab membebel sensorang. Tapi tak apalah. Heh Kau akan nampak aku selalu update blog aku ni ye buat masa ni. Mungkin akan membuatkan korang rasa menyampah gila kat minah sorang ni . Semua benda nak cerita. Kau nak rasa apa pun, rasalah ye. Aku tak mampu nak halang perasaan korang dan perasaan aku ni yang membuak-buak nak menulis setiap masa walaupun dalam penulisan aku ni tak ada isi langsung dan lebih kepada merepek je. Heh Aku suka buat apa yang aku suka. Kalau ada masalah apa -apa dengan aku, meh jumpa depan-depan. *kepal-kepal penumbuk* 

Tadi aku ada dapat feedback seseorang yang dah baca artikel yang lepas tentang jahit menjahit tu. Aku bukan nak berlagak bagus ke sampai nak tulis blog dan bagi nasihat kat orang. Tu bukan aku. Aku menulis pun sebab semangat dari abah aku yang nak sangat aku menulis novel. Tapi aku sedar diri aku, aku suka sharing. Apa yang baik-baik aku cuma share. Aku belum terbukak hati lagi nak menulis novel. Tapi apa-apa pun, akan tiba masa tu. Bila dia bagi feedback gitu, aku nak cakap apakan just terima kasih lah sudi baca. Lepas ni habis lah abah dan umi akan jumpa blog aku ni. *hai abah ! hai umi ! * Haha. Okay,Yang baik-baik amik. Yang buruk-buruk tu janganlah cepat nak mengutuk. Nanti muka kau berkerutuk baru kau tahu. Heh

Baiklah. Harini aku nak berkongsi dengan korang tentang self-confident iaitu keyakinan diri. Aku dari dulu memang keyakinan aku paling rendah sekali. Aku selalu rasa yang aku tak boleh nak buat tu, aku tak boleh nak buat ni dan bila aku tengok orang lain lebih daripada aku, aku mulalah rasa tak selamat, orang putih cakap insecure. Haa gitu Bukan dengki. Dengki tu lain ye. Haip. Nak dijadikan cerita bila aku start masuk UiTM ni, aku masuk masa umur aku 20 tahun. Sebelum ni aku belajar dekat MMU.Heh Batch aku kebanyakan nya 19 tahun je la kan. Memang akan ada yang memperlekehkan aku. Memang akan ada yang pandang serong dekat aku. Kalau kau jadi aku, kau nak buat apa? Hormat diorang, diorang akan hormat kau. Jaga perasaan mereka kalau nak hati kau terjaga. Alhamdulillah la dikurniakan adik-adik classmates yang ohsem semuanya. Bagi semangat antara satu sama lain. Kalau korang baca ni, akak just nak cakap, akak sayang korang dan terima kasih untuk semuanya. *lap hingus. Heh. Adik aku punya kawan pun ada yang jadi kawan aku. Terharu aku.  Apa yang aku nak cakap , jangan pandang rendah dekat diri sendiri. Kita ada keunikkan kita sendiri. Jadi diri sendiri okay. 

Macam mana nak tambah keyakinan diri ? Haa. Aku ada lagi pengalaman nak kongsi dengan korang. Masa Part 1, aku amik koku kesatria negara dan ada pemilihan nak jadi komander la kan. Time tu aku cabar la diri aku yang selama ni asik tak yakin je kan. Masa pemilihan tu ada 50 perempuan, yang dia nak just 30. Waktu pemilihan tu kena lari keliling UiTM, aku larilah bagai nak rak , tudung terbang terbang macam bendera berkibar uoollss. Okay tu propa. Haha. Akhirnya, alhamdulillah aku antara yang 30 tu. Nak jadi komander ni dia kena jalani satu kem ni waktu cuti sem. Aku pun yakinlah yang aku ni boleh buat. Tapi, Umi tak kasi melihatkan fizikal aku ni. Aku redho je lah. Ada jugak pengalaman. Heh Apa-apa pun keyakinan diri tu yang penting. Dapat tak dapat belakang cerita. Pengalaman yang lain pulak, aku kan amik kesatria masa Part 2 dan Part 3 akan ada kem dan mendaki gunung ye. Kau macam tak tahu aku kan, nak daki gunung tu aku rasa macam down sikitlah takut fizikal dan mental aku tak bersedia. Masa Part 2, aku daki Gunung Muntahak dekat johor. Memang adventure giler la. Nak berjalan masuk dalam hutan tu amik masa 2-3 jam. Yang paling syok kat situ ada air terjun je. Kemudahan takdok ye. Nasib perut aku tak meragam, Heh. Masa nak mendaki tu dan turun gunung tu aku berserah je. Apa-apa boleh jadi kan. Alhamdulillah semua selamat. Masa Part 3, aku daki bukit kat teluk gorek, Mersing. Panjat memanjat ni semua dekat Johor sebab aku belajar kat johor. Heh Apa-apa pun yakin dan berdoa banyak-banyak. Memang best hiking ni. Kau dapat menikmati pemandangan yang indah. Nanti aku nak ajak laki aku daki gunung lah setiap hujung minggu. Haha

Pengalaman terakhir sekali ialah aku masuk pertandingan penulisan esei. Bila aku cerita ni kau janji jangan gelakkan aku tau. Macam ni. Aku memang obses sangat menulis sampai satu tahap aku akan cari pertandingan menulis dekat intenet. Masa tu aku carilah. Tetiba terjumpa pertandingan menulis esei dalam bahasa jawi. Aku pun bertungkus lumus lah siapkan esei takut tak sempat. Abah dan Umi bagi semangatlah kan. Dah hantar semua. Aku tengoklah tarikh due date nye bila takut dah lepas ke apa kan. Bila tengok, terjelopok aku jatuh atas lantai. Pengsan. Okay. Tu propa. Haha. Frust weii, tarikh due date dia dah lepas. 2 bulan yang lepas. Nasib baik diorang bertimbang rasa, dapatlah jugak aku sijil. Dah dah la tu. Jangan gelakkan aku. *nages  Moral of this story, jangan terlalu confident sangat. Nak confident tu boleh tapi berpada-pada. Kalau tak, nasib kau macam aku ni haa. Heh

Nak tingkatkan keyakinan dalam diri kau ni, kau kena sentiasa positif dan bagi peluang dekat diri kau untuk buat sesuatu tu. Kalau kau tak cuba, macam mana kau nak tahu kemampuan dalam diri kau dan macam mana nak dapat hasil. Kalau kau terconggok je dekat situ, pi mai, pi mai, tang tu jugak weii. Tak kesah lah apa orang nak kata. Kalau kau suka menulis, menulis lah bagi orang baca. Kalau kau suka menyanyi, menyanyi lah bagi orang dengar, walaupun sumbang, Heh. Kalau kau suka makan, makanlah dan belanjalah aku, Eh. haha. Bila kau selalu ke depan, kau akan dapat hasilnya daripada apa yang kau buat, kalau kau selalu di belakang sahaja, kau terimalah hakikat bahawa kau tu tak suka dengan kemajuan. Aku tahu kau boleh. Bolos saja dinding itu okay ! Heh

Terima kasih sudi baca !

No comments:

Post a Comment