nuffnang adds

Saturday 14 November 2015

" My fight song "

Assalamualaikum w.b.t

Aku nak cakap yang aku masih cuti lagi weii. Lagi 2 minggu sahaja lagi yang tinggal. Aku tahu korang tak kesah pun, aku sahaja yang melebih. Itu ini semua nak cerita. Padahal orang dah annoying dengan kau alia oii. Heh. Aku tak kesah sangat la apa orang nak cakap, nak fikir, selagi aku masih buat perkara yang tak bertentangan dengan syariat dan di jalan lurus, takkan nak melatah dan touching lebih-lebih kan. Gituu. Kau dah besar alia. Kalau asik nak amek peduli hal remeh temeh yang orang duk membebel, omongan kosong yang bertali arus, nanti diri sendiri yang ting tong pula nanti. Dengar apa yang orang cakap, baikilah apa yang tak elok pada diri kita, semua tak sempurna apatah lagi manusia yang hati berbolak balik, mulut kekadang terlepas cakap, kekadang nak ter emo semua. Kau nak expect semua manusia sempurna?
*mengoyakkan senyuman sumbing*

Walaupun kadang-kadang kau nak sesuatu tu berjalan dengan smooth se smooth yam smoothies coolblog ( telan air liuq ) akan ada juga masalah yang kau kena hadapi, sama ada daripada masalah sebesar-besar rumah banglo idaman kau hingga lah sekecik-kecik pasir di lautan. Akan ada juga masalah. Walaupum kau pandang seseorang tu bagus di mata kau, baik belaka di hadapan kau, kau pernah terfikir tak macam mana dia nak sentiasa baiki diri dia jadi yang terbaik untuk seseorang yang dia sayang. Jangan kecikkan skop untuk sesorang yang kau sayang tu untuk kekasih ye, Makan kasut aku, kau nanti. Heh. Maksud aku untuk keluarga kau, kawan-kawan kau, orang sekeliling kau. Kau pernah nampak tak macam mana dia selalu nak meng aurakan diri dia supaya jadi lebih positif supaya orang-orang disekeliling dia dapat juga manfaat dengan kehadiran dia. Ye, mungkin ada pernah nampak. Mungkin ada yang tak. Yang tak pernah nampak tu lah yang selalu menjadi seseorang yang menjatuhkan orang lain. Kenapa aku cakap gitu? Aku cakap macam tu sebab kau selalu nak yang terbaik dari seseorang. Bila dia tersilap sikit, kau cemuh dia bagai nak rak. Kau nak terbaik tapi  kau tak nak jadi yang terbaik. Contohla, aku bagi kau secret recipe, tapi kau bagi aku racun. Adil ke? Jangan nak menangis tersedu-sedu pulak nanti kalau kena kat muka sendiri. Apa omputeh cakap, "what you gives, you get back". Heh

Post aku kali ni, aku nak cakap pasal " My fight song ". Bukan nak menyanyi untuk kau ke apa ke. Aku kalau dah start menyanyi , memang aku takkan berhenti dah. Lepastu kau akan serik dan mimpi ngeri dengar suara aku. Hah Aku selalu cakap dekat diri aku, kalau aku rasa down, rasa sedih dan sampai hati dah tak ada rasa perikemanusiaan. heh aku akan cakap "Turn on your fight song alia!" Bukak lagu yang macam kau nak berlawan dengan seseorang. Tapi sebenarnya kau berlawan dengan diri kau sendiri. Kau nak kembalikan semangat kau yang dah hilang. The best song is Al-Quran, I admit it. Kau dengarlah tiap-tiap pagi dan sebelum tidur. Secara tak langsung kau akan hafal sikit-sikit ayat Al-Quran tu, betul tak. Lepastu, masa tak ada mood ke apa ke carilah lagu-lagu yang dapat kembalikan senyuman kau yang telah hilang. Kalau aku, aku buka lagu ofkos rock kapak. Biar bergoncang-goncang sikit kepala aku. Okay. Tu propa. Haha Aku tak tahu citarasa korang, carilah lagu yang telinga kau suka. Heh Aku selalunya cari lagu yang lirik dia membangkitkan semangat aku. Kadang-kadang bila dengar lagu, macam ada orang bagi nasihat dekat kita la. Masa kita tengah bad mood, memang pantanglah nak dengar nasihat orang bagai kann. Hati, telinga semua dah ketegaq taknak dengar orang bagi nasihat. So, the best way untuk kembalikan semangat, hilangkan rasa bad mood yang asik nak marah orang tu, dengarlah lagu yang bagi impak yang positif dalam hidup kau. Gituu. 

Kembalikan semangat diri kau. Bangkit. Bangkit. Kau layak bahagia.
Ada orang bagi ayat ni dekat aku, aku nak berkongsi dengan korang sebab maksud ayat ni mendalam sangat sedalam lautan Hindi, heh ( Terima kasih awak! ) "Jangan biarkan hari semalam mendera hari esok."
Jom sama-sama berpositif hari-hari okay!

Kita sama-sama jadi yang terbaik. Biar kita tak femes di dunia, tapi sentiasa disebut di atas sana.

Dalam diri yang sentiasa berpenat lelah,
Akan ada yang selalu melakukan salah,
Tak salah kalau kita nak beralah,
Beralah bukannya bererti kalah.

Terima kasih sudi baca!

No comments:

Post a Comment