nuffnang adds

Thursday 12 November 2015

"Stitches"

Assalamualaikum w.b.t

Waktu - waktu cuti ni lah aku cuba isi sebaik-baik masa untuk meluangkan masa bersama korang. Hargailah masa bersama orang tersayang. Korang lah salah seorang daripada mereka. Gitu. Sweet ke idok aku ni? *tutup mulut* Heh Aku tahu korang meyampah dengar ayat cliche macam tu kan. Aku takut korang tersayang terlebih lebih kat aku pulak nanti. Susah aku nanti. Tak pasal-pasal di sana menanti, disini menunggu. Dah. Jangan mengutuk aku ! *emo*

Sebenarnya tadi idea mencurah-curah nak berkongsi dengan korang. Bila berdepan dengan korang, Terketar pulak kepala lutut aku. Menggigil jari manis aku. heh. Okay. Sebenarnya aku nak berkongsi dengan korang pasal "stitches". Tu bahasa omputehnya lah. Kalau dalam bahasa melayunya ia dipanggil jahitan ye adik-adik. Aku tahu korang mesti cakap buang tabiat apa nak cakap pasal jahitan bagai. Aku tahulah jahitan tu ada banyak jenis, insang pari, dan ikan-ikan yang lain la. heh. Ye. Aku tahu korang lagi pro dari aku walaupun aku ni perempuan. *nages* Last aku belajar pasal menjahit, buat pola semua tu masa Tingkatan 3. Sekarang ni aku dah 21, dah 8 tahun aku tinggalkan. Memang malang lah nasib kau kalau nak aku ajarkan. Tunggu aku ada lesen menjahit dulu ye. Kalau setakat nak mintak tolong aku jahitkan lencana sekolah tu aku pass lah. heh

Aku guna perkataan jahitan ni sebab bila kita guna untuk pakaian, kita panggil kita jahit baju bagaikan. Kalau baju, seluar terkoyak, kita jahit. Kalau bibir terkoyak, kita jahit. Apatah lagi kalau kita bercakap soal hati kan. Kalau hati terkoyak, kita kena jahit jugak. MESTI. WAJIB. Kalau kita nak pakai sesuatu benda tu dengan lama, kita kenalah baiki nya supaya ia mampu berfungsi atau beri faedah untuk kita kan. Jadinya, untuk hati jugak, kita kena jahit. Bila kita bercakap soal perasaan, perasaan tu datang dari hati. Hati tu kita kena jaga woii. Bila perasaan tu terluka, hati kita terkoyak. terkoyak dan terkoyak lagi. Kau kena sentiasa jahit dengan pujuk la diri sendiri. Biar hati tu sentiasa sejuk, segar dan sentiasa positif setiap hari okay. 

Aku cakap sebab aku jugak rasa apa yang kau rasa. Kita kan berkongsi perasaan yang sama. Tak gitu. Eh. Jadinya, cuba kawal perasaan. Aku tak mampu nak kawal perasaan kau melainkan kau sendiri. Kau dah pro tentang diri kau. Kau tahu selok belok macam mana nak pujuk diri sendiri kan. Dah besar semuanya kan, tapi belum tentu kematangan mengatasi segalanya. Ye. Aku tahu. Nak jadi matang ni. kau kena memahami persekitaran kau, muhasabah diri dan ofkos lah baca buku banyak weii! 
InsyaAllah kau matang terang tang tang tang. haha  japppp. dengan izinNYa okay. 

Yang mana terluka,
Janganlah berduka,
Aku akan sentiasa ada,
Disaat kau nak mengada. 
heh

Terima kasih sudi baca !



No comments:

Post a Comment